Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Kami kurang ilmu dan kurang pengalaman' kata Ketua Armada


Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui kelemahan parti dalam PRN Melaka seperti didedahkan timbalan presidennya, Ahmad Faizal Azumu, terutama berhubung kurangnya pengalaman mereka.

Malah, Wan Ahmad Fayhsal berkata ia merupakan cabaran utama bagi sayap pemuda yang dipimpinnya.

“Benar ini antara cabaran utama Bersatu bukan termasuklah Armada. Kebanyakan yang menyertai Bersatu tidak pernah menyertai parti-parti politik lain sebelum ini.

“Ahli Armada pun kebanyakannya pertama kali sertai politik. Saya pun pertama kali isi borang parti politik. Jadi kami memang kurang pengalaman, kurang ilmu.

“Tapi kami akan dimatangkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah kami lalui di Sabah dan Melaka,” katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Armada di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, ketika merasmikan acara itu, Ahmad Faizal membangkitkan kelemahan parti itu, yang hanya menang 2 daripada 15 kerusi, dalam PRN Melaka bulan lalu.

Faizal antara lain membangkitkan tentang sikap suka menuding jari terhadap pihak lain, semangat berpasukan yang longgar serta kekurangan ilmu pilihan raya.

Bagaimanapun, mengulas lanjut Wan Ahmad Fayhsal yang juga timbalan menteri perpadua berkata Armada sedia belajar daripada kelemahan dan kesilapan lalu.

“Kita akan baiki, kita tidak mahu salahkan mana-mana pihak.

“Apa yang penting kita tahu untuk kita kekal relevan pada pilihan raya akan datang, Armada perlu ada perancangan strategi yang khas,” tambahnya.

-Mkini