Shuk kantoi lagi dengan bini, bawa awek tengok movie



Nampaknya drama rumah tangga pelawak Shuk Sahar masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Sera seakan meluahkan rasa geram dengan suami dan skandalnya itu. 

Sera turut memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya menonton wayang di Penang.

Menerusi mesej berkenaan, Sera menafikan dia bersama Shuk ketika itu dan mengatakan suaminya itu bersama wanita dikenali sebagai Farah.





Bukan itu sahaja, seorang lagi netizen turut mendakwa terserempak dengan pelawak berkenaan bersama Farah sambil bergambar dengan peminat tanpa segan silu berjalan berdua.

Mungkin sudah lali dengan hal kecurangan suaminya itu, Sera sempat menyindir Shuk dan skandalnya hanya berpura-pura menjadi mangsa sedangkan ramai sudah melihat mereka keluar bersama.

Malah, Sera turut meminta meminta orang ramai yang melihat atau terserempak dengan mereka berdua supaya merakam video dan mengambil gambar sebagai bukti.

Sejak tahun lalu hangat diperkatakan mengenai hal rumah tangga Shuk apabila berlaku curang. Meskipun sudah berusaha memaafkan suaminya, Sera akui terkilan peluang diberikan disia-siakan.

-RotiKaya

Join our Telegram Channel
Telegram


Shuk kantoi lagi dengan bini, bawa awek tengok movie Shuk kantoi lagi dengan bini, bawa awek tengok movie Reviewed by Tun Carlos on November 03, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.