Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Australia belum sahkan Sajat berada di negara tersebut -PDRM



Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu pengesahan rasmi dari Thailand dan Australia berhubung keberadaan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sudah menghantar pemakluman kepada Kedutaan Malaysia di Thailand dan Australia untuk mendapatkan pengesahan itu.

"Setakat ini, kita dapat tahu melalui dia sendiri menerusi platform media sosial yang dia mengakui berada di Australia namun kita perlu buat pengesahan secara rasmi.

"Secara rasmi kita sudah hantar pemakluman kepada kedutaan di Thailand dan Australia untuk membuat pengesahan sama ada dia sudah keluar dari Thailand dan dia sudah sampai ke Australia masih belum mendapat kata putus lagi," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Abd Jalil berkata, sekiranya menerima pengesahan individu terbabit berada di Australia, pihaknya akan cuba menyalurkan maklumat kepada Australia.

"Tetapi ini terpulang kepada hak kedaulatan negara berkenaan," katanya.

Sebelum ini, usahawan kosmetik berkenaan menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya berkongsi gambar rumah baharunya di Canterbury, Australia.

Berdasarkan 'live' IG miliknya itu, dia menyatakan terharu kerana pihak berkuasa Australia banyak memberi sokongan terhadapnya daripada pelbagai aspek termasuk mendakwa diberi rumah itu

-MyMetro