Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Doktor kontrak bantah Bajet 2022, ancam mogok kedua pada Disember


PETALING JAYA: Kerajaan diberi tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan doktor kontrak, atau berdepan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022, berkaitan kumpulan berkenaan.

‘Kami rasa diperguna. Kerajaan tidak serius membantu kami dan kami hanya mempergunakan kami ketika pandemik,” kata jurucakap Hartal Doktor Kontrak Dr Mustapha Kamal, memberitahu FMT.

“Kami akan memberi masa kepada kerajaan untuk mereka berunding, namun sekiranya mereka enggan memberikan kami jawapan, mogok akan dilakukan pada Disember,” katanya.

Mustapha berkata, doktor kontrak tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melakukan tindakan “tegas dan kasar” dalam usaha menjadikan kerajaan mendengar keluhan mereka.

Dalam Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Mustapha berkata, pengumuman itu bukan penyelesaian jangka panjang yang mana diharapkan doktor kontrak.

Pada Julai lalu, Hartal Doktor Kontrak memberi kerajaan 26 hari menyelesaikan isu berhubung sistem kontrak atau berdepan “walkout” di seluruh negara.

Dalam mogok itu, yang berlaku pada 25 Julai, doktor kontrak menuntut laluan kerjaya lebih adil, selain menerima manfaat sebagai mana pegawai perubatan tetap.

Pada 29 Jun, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mendedahkan hanya 789 daripada 23,077 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap dalam sistem kesihatan negara ini, sejak 2016.

-FMT