Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sarawak pula bakal PRN selepas Melaka

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg


Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menamatkan Proklamasi Darurat di  Sarawak selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini, perkenan Agong kepada penamatan Proklamasi Darurat itu adalah satu keputusan yang sukar dan rumit.

‘Namun ianya diperkenankan bagi memenuhi keperluan dan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu,” katanya.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh di seluruh negeri itu bermula Isnin ini hingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada ketika itu berkata, pengisytiharan darurat itu dibuat mengikut lunas undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Sarawak juga perlu akur dengan keputusan itu.

Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas hati darurat besar iaitu wabak COVID-19 yang sedang berlaku telah menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam terancam.