Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muktamad, ubat Ivermectin tidak akan digunakan dalam rawatan Covid-19



Ubat antiparasit, Ivermectin tidak akan disyorkan untuk dimasukkan dalam garis panduan rawatan Covid-19 sedia ada selepas didapati tidak mengurangkan risiko penyakit Covid-19 tahap teruk.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam kenyataan, hasil kajian I-Tech terhadap ubat antiparasit itu mendapati tiada perbezaan ketara didapati dari segi kemasukan ke ICU, penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter ujian darah dan resolusi imbasan X-Ray dada.

Susulan itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan.