"Menipu kuat eh" pelanggan ikan siakap nafi kenyataan pihak restoran



Petaling Jaya: Baru-baru ini telah tular mengenai nasib dialami sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

Sejurus itu, pihak kedai tampil memberikan penjelasan mengenai harga menu ikan tersebut. Menurut pihak kedai, pelanggan tersebut didakwa mendesak untuk order ikan siakap 'show' agak bersaiz mega walaupun sudah diberitahu ada ikan siakap biasa di sangkar lain.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan pihak kedai, seorang lagi pelangan yang juga telah makan di kedai yang sama tampil menafikan apa yang diperkatakan oleh pihak kedai.


Berikut adalah perkongsian oleh Niena ZM di Facebook beliau.

Penjelasan dari pelanggan

Perihal siakap 5.2kg, total bill RM1700 di dalam KILIM GEOFOREST PARK, specifically yang kami makan di kedai makan terapung yang ada ikan pari 'show' nama Ali & Ahmad

Peniaga menipu, jelas - TIDAK JUJUR & TELUS

Logiknyakalau dia bagitahu orang berapa saiz ikan dia dengan harga per gram dia letak, tentu pelanggan akan tentukan untuk order atau tidak.

Senang cerita tujuan kami mudah- UNTUK MAKAN, lapar, nak makan. Ada budak-budak nak mudah diorang dah penat-penat lepas tour, tak ada pun nak makan sebab rasa kayangan ke, rasa nak buat-buat mampu ke. 

Menipu, sebab secara logik common sense yg paling basic nya, orang pergi naik bot nak tengok nature, siapa nak pergi makan benda sampai beribu riban. 

Dan time kami nk order tu sepatutnya org kedai boleh jelaskan dahulu, dan semasa kami order tu pun sebenarnya logiknya orang kedai dah boleh anggarkan harga yg di-order, kalau betul berniaga telus, sepatutnya staff tu bagitau, ‘kak ikan kedai kami bukan mcm ikan biasa tau, akak pasti ke’, contohnya. 

Mudah saja, kedai tomyam bodoh-bodoh di KL pun akan bagitau kita portion & pricing yg sesuai and advice accordingly. Tapi TIDAK, dia amek order macam kedai makan biasa, dia sendiri tahu kan harga kedai makan dia bukan biasa-biasa? 

Dan kepada abang bot. Bang oh bang, bila abang promote makan situ senang ada budak kecik lepas snorkeling tak payah fikir cari makan, abang lupa kot detail paling penting iaitu HARGA ‘STANDARD’

Tapi ni dengan rasa tak bersalahnya siap tanya lagi, tak nak tambah lobster ke kak?

Selagi boleh perah mmg perah ye? Siapa yang pergi tengok pokok bakau, bawak duit ribu riban untuk standby pegi makan? BASIC COMMON SENSE

Ada netizen kata harga standard la seafood fresh, makan tak ukur kat baju sendiri lagi. Fuh nak je aku campak payslip gaji kt muka dia, tapi takpe istighfar. 

Agaknya kalau keluarga or kawan dia sendiri kena pun dipadan muka family/kawan dia - mmg ada jenis spesis cakap gebang cmni.

Apadehal makan 2-3k tangkap masak fresh jangan bising katanya

Point penting cerita dari side kami:

• kami tidak ditunjuk ikan - selalu kita pegi makan ikan bakar dia akan bawak ikan timbang depan mata kan? TIADA. 

Selalu bila kita tny size ikan, dia akan terus bawak pegi tgk atau timbang kan, ni dia macam tak nak bg kita tengok just cakap mulut *ini kami lah

• TIDAK ADA CAKAP IKAN SHOW, TIDAK ADA SUGGEST IKAN LAIN ATAU BERAT IKAN LEBIH RINGAN - TIADA. Menipu kuat eh

• kedai ada display harga segram, kami bukan persoal ikan siakap tu RM160/kg, kami faham harga tu. Bukan bengap sangat, yang kami ketengahkan adalah diberi ikan yg digambarkan ‘size ikan besar sedikit dari siakap biasa’ tapi rupanya 5.2kg - bila sampai kami pun terpinga-pinga ikan tu boleh dihidang bahagi 3 pinggan, masa tu dah rasa tak sedap hati tengok size ekor je mcm blh agak size ikan. Kalau diberitahu semasa order, tidak lah kami proceed. Tu bukan besar sikit kak, tu besar bapak

• Udang & sotong dalam resit 1 kg, kami tak mintak sekilo, tapi yg dihidang ada 2 pinggan yg tidak sampai sekilo pun (boleh tengok video), dan kami minta by berapa pinggan hidang, macam order lauk kat kedai mcm biasa, selalunya portion sepinggan cmtu la makan family, jadi kami tahu kami ramai, kami mintak 3 hidang sebab meja panjang kan. org kedai tu tak tahu pun ktorg berapa orang

• dan paling penting, kalaupun ada yg anda ‘scam’ terlebih mampu atau mampu utk bayar - kalau berniaga elok2 dengan jujur & telus diberitahu sizing, pricing & ‘keunikan’ restoran terapung KILIM GEOFOREST PARK seperti ‘ke-fresh-an’ ikan, ikan show yg dimasak ke apa ke pada pengunjung dan semua jelas & ackowledge. Mungkin kami pun nk merasa ke-hebatan dan order ikut kemampuan walaupun sekadar merasa - but the truth is TAK SEDAP MASAKAN nya, fresh mcmana pun tak boleh nak appreciate fresh itu. Ni review jujur yg memang food hunting seafood mana-mana tempat

Kami highlight this supaya tiada yang terkena, kami terbayang kalau yg kena tu org yang betul-betul tak mampu. Haih, mcmana lah kan. Ni kami dah bgtau no reason lah utk orang lain tidak tahu & terkena mcm kami, kalau mmg nak makan, why not.

Untuk owner kedai, yang bersubahat sekali menipu pengunjung tanpa rasa bersalah - semoga dibalas setimpal cash di dunia sebanyak orang2 yg anda aniaya, dan utk menteri & atasan, kami dengar dh byk kali dah kes ni diadukan rupanya lepas terkena tapi no action, you’re digging Langkawi grave if this persist. 

Honestly I’m an entrepeneur myself, we will spread & cycle this story every year every season and remind others as part of our responsibility and not be selfish.

sumber: FB Niena ZM


Join our Telegram Channel
Telegram


"Menipu kuat eh" pelanggan ikan siakap nafi kenyataan pihak restoran "Menipu kuat eh" pelanggan ikan siakap nafi kenyataan pihak restoran Reviewed by Tun Carlos on November 05, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.