Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu menu ikan siakap RM1196 seekor, pihak restoran beri penjelasan


PETALING JAYA- Secara kebiasaannya harga perlu dibayar seseorang pelanggan apabila menikmati seekor ikan siakap di kedai tomyam ialah sekitar RM50 seekor dengan saiz hidangan sesuai dimakan untuk empat orang.

Bagaimanapun, berbeza dengan nasib dialami sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.

“Selepas mengelilingi beberapa pulau di Langkawi, kami dibawa ke salah sebuah restoran untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan kami memesan menu yang biasa ditempah di mana-mana kedai tomyam.

“Secara kebiasaan, untuk tujuh orang makan, dua ekor siakap sudah memadai, maka kami pun tempah dua ekor ikan untuk tujuh orang makan berserta menu-menu yang lain,” tulisnya.

Menu yang tular tersebut

Katanya lagi, salah seorang pelayan kedai itu datang bagi mengesahkan saiz ikan dan selepas diberitahu mereka bersetuju untuk mengambil seekor ikan sahaja berdasarkan anggaran saiz yang ditunjukkan.

“Saiz yang ditunjukkan itu hanya besar sedikit daripada ikan yang kita biasa makan di kedai tomyam. Namun, apabila ikan itu sampai kami berasa terkejut kerana ia dapat diisi didalam pinggan besar.

“Kami pun cakap, ini bukan untuk tujuh orang makan, tetapi mungkin untuk 30 orang makan. Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM700 hingga RM800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM1852.50,” jelasnya.

Antara menu yang diambil mereka ialah ikan siakap (RM1,196), sotong sekilogram (RM120), ketam (RM87.20) dan udang (RM200).

Difahamkan, beberapa individu lain juga terpaksa membayar harga mahal antaranya RM755 bagi dua orang makan selain satu lagi pelanggan membayar harga RM800.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen apabila ia dikongsi lebih 6,300 pengguna serta mendapat lebih 4,300 komen.

Penjelasan dari pihak restoran

Assalamualaikum, saya wakil dari restoran yang viral berkenaan dengan SIAKAP HIDUP 7.48kg, 

Di sini saya dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian.

Berkenaan dengan saiz ikan ,saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak pelanggan berkenaan dengan saiz ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan pameran di sangkar ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni. 

Saya juga telah mengesyorkan supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain di dalam petak yang untuk order makan (ikan merah Dan kerapu). Saiz ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja, tetapi pihak customer masih lagi berkeras untuk ambil ikan siakap pameran walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersaiz mega.



Apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan tali pancing dan panggil beliau supaya melihat saiz ikan semasa beliau di meja makan, beliau menolak untuk melihat saiz ikan tersebut dan beritahu kami untuk teruskan dengan pesanannya.

Berkenaan dengan anggaran saiz yg ditunjukkan oleh pihak kami yang di katakan memanipulasi saiz ikan, pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran saiz ikan memang besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. 

Tetapi beliau masih teruskan untuk order. Ada yang mempersoal berkenaan telur dadar yang mahal. Sebenarnya satu pinggan ada 3-4 biji dalam satu pinggan. Telur itu bersaiz besar dan saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di 'floating restaurants' mengambil kira kos yg perlu di keluarkan

Point kedua berkenaan dengan caj kredit 5%. Pihak kami tidak caj apa-apa pun di dalam pembayaran beliau, bil yang di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah RM1759.50 dan bil kedua berjumlah RM93.00. Jumlah untuk 2 bil tersebut RM1852.50.

Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan "pasrah" dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau. 

Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. Ikan di darat dijual mungkin RM9/100gram tetapi kami menjual RM16/100gram disebabkan ikan hidup.

Banyak yang dalam komen mention pejabat zakat LHDN apa semua. Jangan risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia.


-TunCarlos