Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BN umum awal nama-nama calon PRN Melaka





PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dijangka parti terawal mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini. 

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu hantaran di Facebooknya, pengumuman nama calon itu bakal dilaksanakan secara atas talian melalui media sosial partinya. 

“Pengumuman nama Calon #BN live di Facebook #UMNO Online. Sabtu, 6 November pukul 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” tulisnya ringkas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November. 

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. 

– UTUSAN ONLINE