Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hantu toyol kebas duit, penduduk Kg Kubang Kerian buat laporan polis



KOTA BHARU – Lima penduduk dari dua buah kampung di Kubang Kerian di sini tampil membuat laporan polis selepas tidak tahan kejadian wang tunai yang disimpan di dalam rumah mereka hilang dipercayai dikebas hantu dipercayai toyol.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Suprintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, kesemua mangsa itu berusia dalam lingkungan 30-an hingga 70-an membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini semalam.

“Siasatan mendapati, individu yang membuat laporan itu terdiri daripada penduduk dari Kampung Pulau dan Kampung Pulong di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini tidak dapat tidur lena sejak akhir-akhir ini apabila semakin kerap berlaku kejadian wang tunai yang mereka simpan di dalam rumah tiba-tiba lesap.

Penduduk di Kampung Tok Kenali, Kampung Pulau dan Kampung Pulong di sini mendakwa, kehilangan wang itu dipercayai angkara perbuatan toyol yang menyelusup masuk ke rumah mereka pada waktu malam.

Sejak Februari lalu hingga kini, kira-kira 20 buah keluarga di tiga kampung terbabit mendakwa sudah menjadi mangsa apabila duit mereka hilang dalam sekelip mata dengan nilai tertinggi yang pernah lesap mencecah sehingga RM10,000. 

– K! ONLINE