Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sekatan Jalan Raya (SJR) berakhir esok -Hishammuddin



Menteri Pertahanan Dato Sri Hishammuddin Hussein mengumumkan penamatan sekatan jalan raya  (SJR) mulai besok.

"Susulan rentas negeri dibenarkan bermula esok, sekatan jalan raya (SJR) khusus untuk kawal pergerakan rentas negeri juga ditamatkan." ujar beliau dalam satu kenyataan di Facebook.

Namun seperti dimaklumkan Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada petang tadi, SJR untuk jaga keselamatan negara akan terus dilakukan.

"Mungkin nampak mudah di mata kita, tetapi hanya yang cekal dan kuat semangat sahaja mampu bertugas siang malam di pelbagai lokasi SJR."

"Terima kasih anggota pasukan keselamatan 🇲🇾 yang terlibat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT."ujarnya lagi.

PAda petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan kerajaan telah bersetuju memberi kebenaran rentas negeri bermula pada esok iaitu Isnin 11 Oktober.

Menurut beliau, rentas negeri hanya dibenarkan bagi individu yang telah lengkap dos dua vaksin.

-TunCarlos.com