Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

52 ahli geng Ayahanda Apis Steady dicekup


KUALA TERENGGANU: Seramai 52 ahli kumpulan Ayahanda Apis Steady (AAS) termasuk tiga ketuanya ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di daerah ini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 hingga 52 tahun itu ditahan ketika menghadiri mesyuarat tergempar sebuah pertubuhan yang dipercayai tidak berdaftar, kira-kira pukul 9 malam.

Katanya, semakan mendapati ketiga-tiga ketua pertubuhan itu yang digelar ‘ayahanda’, berumur antara 30 hingga 35 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.

“Pertubuhan itu dipercayai menjalankan aktiviti tarik kereta yang tertunggak bayaran bank.

“Hasil ujian air kencing terhadap kesemua tangkapan mendapati seramai enam daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan kita turut merampas barangan yang berkaitan dengan kumpulan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Marzhuki, seramai 36 orang kini direman selama empat hari sejak semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.

- UTUSAN ONLINE