Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sah DUN Melaka bubar, pilihanraya dalam tempoh 60 hari



YAkhirnya kemelut politik di Melaka akan diselesaikan dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, sebentar tadi mengumumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam.

Ab Rauf juga mengumumkan DUN Melaka dibubarkan hari ini.

Kata Ab Rauf nasihat agar diadakan DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri Sulaiman Md Ali disampaikan kepada Mohd Ali.

Ab Rauf

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Melaka dilanda kemelut politik selepas empat Adun kerajaan diketuai bekas ketua Menteri, Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

Idris merupakan Adun Sungai Udang.

"Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Okt 2021," katanya Ab Rauf. 

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.

Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak Covid-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.

Untuk rekod sehingga malam tadi, 88.2 peratus populasi orang dewasa di Melaka sudah divaksinasi sepenuhnya.

-MalaysiaKini