Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Enam jam Facebook 'down' , Mark Zuckerberg rugi RM29 billion


Sejak tengah malam tadi, platform Facebook, Instagram dan WhatsApp yang dimiliki oleh syarikat Facebook dilaporkan mengalami masalah untuk diakses secara serentak.

Masalah yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat ini dilihat telah berlarutan sehingga hampir 6 jam sekaligus menjadi gangguan terpanjang pernah berlaku dalam sejarah Facebook.

Impak daripada masalah yang berlaku, Mark Zuckerberg selaku CEO Facebook merangkap pemegang saham terbesar syarikat beliau dilaporkan terpaksa menanggung rugi sebanyak $7 bilion (RM29.22 bilion) selepas saham syarikat Facebook turun sekitar 5%.





Bukan itu sahaja, kedudukan beliau dalam senarai manusia terkaya dunia juga turun ke tempat keenam berikutan insiden yang berlaku pada platform yang digunakan ramai ini.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali ketiga pada tahun ini platform Facebook mengalami masalah gagal untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.

-Vocket