Pelakon, pengarah dan penolong pengarah dicekup kes dadah


Kuala Lumpur: Pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.   

Turut sama ditahan adalah pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun. 

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol.

Manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.

Ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka berada dalam bilik berasingan. 

Ketiga-ketiga mereka dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

-HMetro

Join our Telegram Channel
Telegram


Pelakon, pengarah dan penolong pengarah dicekup kes dadah Pelakon, pengarah dan penolong pengarah dicekup kes dadah Reviewed by Tun Carlos on October 11, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.