Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menteri Bersatu sahkan projek HSR versi kroni diteruskan





Projek keretapi laju HSR versi YTL ni panjangnya hampir sama, dengan kos hampir sama tapi akan terlepas RM500 billion faedah ekonomi dan kesan jangka panjang daripada Singapura

HSR YTL: KL- Iskandar Puteri
HSR asal: KL - Singapura

HSR versi YTL lebih perlahan dari spesifikasi asal, faedah ekonomi lebih rendah, penumpang pun lagi rendah, hanya rentas negeri tapi kos adalah hampir sama, malah mungkin tak boeh dilaksanakan pun sebab penumpang rendah.

Walaupun HSR asal lebih laju, faedah ekonomi lebih besar, boleh rentas negara tapi kena batal mungkin sebab perjanjian HSR asal perlu dipersetujui bersama oleh Singapura dan Malaysia dalam membuka tender antarabangsa bagi memilih teknologi terbaik dan kontraktor terbaik bagi projek ini.

Jadi, mereka tak boleh award terus kepada YTL macam projek ERL KLIA zaman Mahathir era 90an dulu. 


Pengaruh YTL ni memang dasyat, bekas Menteri Pelajaran zaman Pakatan Harapan, Maszlee Malik pernah akui beliau dibuang oleh Mahathir sebab mahu batal konsesi YTL di kementeriannya.

Harap DS Ismail Sabri dan Menteri-Menteri Umno dalam kabinet jangan ikut cakap Menteri-Menteri PPBM mengenai YTL ni.

Tulisan oleh: Syed Agil Jamalullail