Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Badan Peguam mohon dilibatkan dalam kes cukai Najib dan Nazif



PUTRAJAYA: Badan Peguam memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk dilibatkan dalam prosiding kes cukai bekas Perdana Menteri Najib Razak dan anaknya Nazifuddin.

Katanya, ia mahu mengikuti cabaran dua beranak itu terhadap kesahihan Akta Cukai Pendapatan, kerana kes melibatkan kepentingan awam.

“Beberapa ahli kami mewakili individu yang turut menghadapi tuntutan saman melibatkan tuntutan cukai. Kami faham implikasi yang mungkin berbangkit daripada Seksyen 106(3).

“Kami memohon supaya permohonan untuk menyertai prosiding sebagai ‘amicus curiae’ akan dibenarkan mahkamah,” kata badan itu.

Badan Peguam menamakan lapan peguam yang akan mewakilinya jika permohonan “amicus curiae” itu dibenarkan.

“Kami telah memaklumkan peguam pemohon (Najib dan Nazifuddin), dan mereka tidak membantah permohonan ‘amicus curiae’ kami,” katanya, dengan menambah pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) belum dimaklumkan.

Muhammad Farhan Shafee yang mewakili Najib dan Nazifuddin berkata, pihaknya masih menunggu arahan mahkamah berhubung permohonan Badan Peguam itu.

Najib dan Nazifuddin memohon izin merayu terhadap penghakiman terus yang memerintahkan bayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM1.7 bilion daripada mereka berdua.

Mereka telah memfailkan sembilan isu perundangan yang akan dibangkitkan. Izin rayuan hanya akan dibenarkan jika mereka dapat membuktikan persoalan perundangan itu melibatkan kepentingan awam dan tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Sementara itu, Najib turut memberi respon mengenai perkembangan terbaru ini di Facebook beliau.

"Badan Peguam telah memohon secara rasmi kepada Mahkamah Persekutuan semalam untuk dilibatkan dalam prosiding kes cukai saya dan anak saya."ujarnya

"Badan Peguam memberitahu kami bahawa mereka amat bimbang dengan kes saya sebab mereka rasa Seksyen 106(3) yang kata hakim tiada kuasa untuk mempertikaikan pengiraan taksiran LHDN dan pembayar cukai perlu "bayar dulu, bincang kemudian"tanpa proses rayuan yang dikenakan ke atas saya mungkin melanggar Perlembagaan Persekutuan atau menghakis kuasa mahkamah."

"Badan Peguam kata keputusan mahkamah persekutuan kes saya akan memberi kesan besar kepada semua pembayar cukai dalam negara." ujar Najib.

sumber: FB Najib Razak


Pada 9 Sept, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dan Nazifuddin untuk mengetepikan penghakiman terus yang diperoleh LHDN terhadap mereka.

Panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil berkata, Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan skema tersendiri bagaimana taksiran dan pungutan cukai harus dibuat.

Abdul Karim berkata, dalam perundangan percukaian, cukai harus dibayar dalam masa yang diperuntukkan setelah taksiran dibuat dan notis diserahkan.

Tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache memerintahkan Najib membayar RM1.69 bilion kepada LHDN, termasuk cukai tambahan dan penalti bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim pula memerintahkan Nazifuddin membayar cukai yang tidak berbayar berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh 2011 hingga 2017.

-TunCarlos/FMT