Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki lepas tuduhan rogol tiga anak kandung



Polis Luwu Timur mendapati laporan mengenai seorang wanita yang mendakwa suaminya merogol tiga anak kandung mereka tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Sulawesi Selatan, Zulpan berkata, pihak polis terpaksa menghentikan penyiasatan kes yang berlaku 2019 akibat kekurangan bukti.

Beliau malah menolak dakwaan yang mengatakan pihak polis tidak berpihak kepada keadilan kes tersebut dan menegaskan ia tidak benar sama sekali.

“Kes ini bukan senyap sebab bapa mangsa adalah pegawai di jabatan kerajaan. Kita memang dapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Kes ini sudah diklasifikasikan sebagai SP3 dan sudah ditandatangani oleh pengarah kepolisian daerah. Jadi, sudah ada kekuatan hukum tetap. Sekiranya mahu disaman, ia perlu dilakukan sejak 2019,” jelasnya seperti dilaporkan Tribunnews.

Pada 9 Oktober 2019, seorang wanita membuat laporan polis yang mendakwa tiga anaknya berusia empat, enam dan lapan tahun dirogol oleh suaminya sendiri.

Tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang meghentikan penyiasatan, wanita itu kemudian menularkan kes tersebut dalam Twitter dengan tanda pagar #Tiga Anak Saya Diperkosa sehingga sohor kini.

Wanita berusia 40 tahun itu turut membuat aduan ke Pusat Pelayanan Terpadu Pemberdayaan Perempuan dan Anak, Makassar.

Dalam pada itu, lelaki yang didakwa melakukan pemerkosaan tersebut tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas kes tersebut tular.

“Kalau berfikir secara logik, saya ini siapa sampai boleh mempengaruhi siasatan kes? Tidak masuk akal tuduhan mengatakan saya memperkosa anak sendiri,” luahnya.

Lelaki itu berkata, sejak kes tersebut tular dia tidak pernah lagi melihat anaknya dan bimbang sekiranya psikologi mereka terganggu.

“Cukup saya kirimkan wang kepada anak-anak setiap bulan. Nama baik saya sudah dihancurkan oleh bekas isteri sendiri. Malah, sebelum bercerai dahulu, dia selalu memfitnah saya berselingkuh dengan perempuan lain,” katanya.

-utusan