Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemilik akaun twitter dakwa 41 guru mati sebab vaksin disiasat polis



Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan seorang pemilik akaun Twitter yang mendakwa seramai 41 orang guru meninggal dunia akibat pengambilan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

"Ia kerana memfitnah, mempunyai niat atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain serta penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Semalam Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengarahkan kakitangan kementerian itu membuat laporan polis berhubung ciapan individu berkenaan.

Menurut Abd Jalil, ciapan oleh pemilik akaun @Khalids yang dimuatnaik pada 8 Oktober itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Justeru katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

“PDRM menasihatkan orang ramai supaya cakna dan peka terhadap pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program vaksinasi yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Orang ramai juga digesa untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang tidak dipastikan sumber kesahihannya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

-MalaysiaKini