Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Dengan siapa kita nak berunding belum muktamad' -Ahmad


MELAKA: Belum terlambat untuk Umno menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak, meskipun tarikh penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka kini berbaki dua minggu lagi.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan berkata, parti itu hanya menunggu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk dimuktamadkan dan untuk itu, mesyuarat MKT akan diadakan Khamis ini.

“(Soal) jentera ini dah muktamad, cuma (soal) calon belum muktamad, dengan siapa kita nak berunding (bekerjasama) belum muktamad. Dua perkara ini sahaja belum muktamad, yang lain dah muktamad.”

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak di Sungai Udang di sini. Turut hadir Timbalan Pengerusi Umno negeri, Mohamad Ali Mohamad.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov, manakala penamaan calon pada 8 Nov dan pengundian awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas, apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali