Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azalina dilantik Penasihat Khas PM



2 OKT: Datuk Seri Azalina Othman yang meletakkan jawatan, selaku Timbalan Speaker Dewan Rakyat, sebelum Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah, kini dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak asasi manusia).

Ketika mengesahkan perkara itu kepada FMT malam tadi, Azalina berkata beliau telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Ahli Parlimen Pengerang itu berterima kasih kepada Perdana Menteri atas keyakinan beliau untuk melantiknya ke jawatan berkenaan.

Selepas meletakkan jawatan pada 23 Ogos, iaitu seminggu selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, spekulasi mengatakan Azalina bakal menganggotai barisan Jemaah Menteri baharu dipimpin Ismail tetapi ia tidak berlaku.

Azalina sebelum ini dipetik berkata, beliau membuat keputusan itu atas beberapa alasan termasuk konflik peranan dan tanggungjawab antara menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli Parlimen dalam sebuah kerajaan gabungan.

“Apa yang berlaku sebelum ini menunjukkan keputusan yang bertentangan dalam UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen sebuah kerajaan gabungan.

“Pada masa hadapan, speaker dan timbalan speaker perlu digantung daripada sebarang jawatan parti politik bagi memastikan beliau tidak berpihak dalam politik, yang menjadi kunci utama jawatan ini dan boleh menjalankan fungsinya dengan berkesan tanpa takut atau pilih kasih,” katanya.

-FMT