Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Parlimen tak akan terbubar sebelum 31 Julai 2022'



Pakatan Harapan (PH) akan kekal sebagai pembangkang dan parlimen tak akan dibubar sebelum 31 Julai tahun depan.

Perkara itu antara perkara dipersetujui antara kerajaan dan PH susulan memorandum persefahaman (MOU) bersejarah yang dimaterai petang ini, kata Fahmi Fadzil.

“Majlis tandatangan memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan PH.

“PH kekal pembangkang. Parlimen tak dibubar sebelum 31.7.2022,” kata pengarah komunikasi PKR itu.

Katanya, MOU juga memfokuskan kepada bantuan rakyat, penambahbaikan usaha metangani Covid-19, reformasi parlimen, Perjanjian Malaysia 1963 serta kebebasan kehakiman.

“Dokumen lengkap menyusul,” tambahnya.


-MalaysiaKini