Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki tipu 10 janda, berlagak kaya dan guna kereta sewa pikat mangsa


SEMARANG: Seorang lelaki berusia 28 tahun dari Garut, Jawa Barat, ditahan polis selepas bertindak menipu sejumlah wanita, semuanya janda menggunakan aplikasi janji temu.

Detik melaporkan, pelaku diketahui telah menukar nama beberapa kali, bermula dengan Reski, Ferizal, Helski, Roni serta Jayadi, dan benar-benar mahukan harta mangsanya.

“Ini sebenarnya aplikasi untuk mencari jodoh. Setelah berkenalan, dia berjanji, misalnya, dia ingin menikah tetapi pada kenyataannya itu hanya modus operandi atau janji yang ditawarkan oleh pelaku sebagai pujukan,” kata Ketua Polis Semarang, Irwan Anwar.

Menurut Irwan, terdapat enam mangsa, semuanya janda.

Jelas beliau, kepada mangsa, pelaku mengaku bekerja di sebuah syarikat minyak dan kemudian dia mendapat kereta sewa dan berpura-pura kaya.

“Dia membuat janji manis kepada mangsa bahawa dia ingin diajak melakukan hubungan seks dan bahkan memberikan wang dengan alasan modal kerja.

“Ternyata dijanjikan lebih dari satu orang. Rata-rata, mereka masih muda. Sasarannya adalah janda yang kaya,” jelas Irwan.

Sementara itu, si pelaku, Yandi, mengakui dia memerlukan sekitar sebulan untuk mendekati mangsa.

Dia meminta wang kepada mangsa dan ada juga yang menyerahkan 80 juta rupiah.


Sejumlah wang mangsa digunakan untuk menyewa kereta sebagai alat mengumpan mangsa lain.

“Dengan menggunakan kereta sewa, saya mengaku bekerja di sebuah minyak (syarikat). Wang untuk menyewa kereta itu berasal dari wang mangsa.

“Sebilangannya mencecah 80 juta rupiah,” kata Yandi.

Yandi ditangkap pada 1 September lalu dan didakwa dengan Artikel 378 Kanun Jenayah atas penipuan dan menghadapi hukuman penjara hingga empat tahun.

-UTUSAN