Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kegiatan pelacuran dekat Jln Pudu Ulu, 5 wanita dicekup



Kuala Lumpur: Kegiatan lima wanita warga asing memperdagangkan diri mengundang padah apabila mereka ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan itu dilakukan oleh dua pegawai dan 14 anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, jam 4.45 petang.

"Dalam serbuan itu, kami menahan lima wanita warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun yang disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran di premis berkenaan.

"Selain itu, kami turut menahan tiga pelanggan lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 36 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saiful berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 13 kondom, lima tuala, tiga gel pelincir, lima kad akses dan wang tunai berjumlah RM1,070.



"Semua suspek yang ditahan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan melakukan aktiviti pelacuran serta tiada pas lawatan atau permit sah untuk tinggal di negara ini.

"Kami memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan apa-apa kegiatan pelacuran kerana tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemilik premis, pekerja atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan pelacuran di ibu kota ini.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

- Harian Metro