Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kabinet setuju bank kecualikan faedah kepada penerima moratorium



KABINET bersetuju supaya bank memberi pengecualian bayaran faedah kepada penerima moratorium pinjaman bank sebagai sebahagian perjanjian persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Kementerian Kewangan juga mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

Perkembangan ini disambut baik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana sebelum ini beliau sering menasihati kerajaan supaya bank tidak mengenakan faedah kepada rakyat yang memilih untuk mengambil moratorium.

"Dulu kita suruh beri moratorium pinjaman tanpa faedah, kerajaan lama kata tak ada kuasa untuk arahkan bank. Dulu kita suruh naikkan had hutang kerajaan dalam parlimen bagi memberi lebih ruang untuk bantu Rakyat, kerajaan lama kata tiada keperluan sebab bantuan Rakyat sudah mencukupi."

"Kini boleh pulak bawah kerajaan baru. Yang menerima manfaat, Rakyat." ujar Najib.

-TunCarlos