Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MP Jelutong dihalau dari dewan, gantung 2 hari



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diarah keluar dari Dewan Rakyat dan digantung dua hari kerana mengeluarkan kenyataan melanggar Peraturan Mesyuarat.

Arahan itu dilkeluarkan Timbalan Speaker, Datuk Mohd. Rashid Hasnon selepas menggantikan Speaker bagi menjawab usul agar Datuk Azhar Azizan Harun mengosongkan kedudukan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Menurut Mohd. Rashid, beliau hanya menjawab dan meminta pengusul membaca surat yang diberikan olehnya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, ia bukan keutamaan untuk menjawab dalam Dewan Rakyat berhubung penolakan usul tersbeut.

Bagaimanapun, tindakan itu membuatkan Rayer berang dan mendakwa tindakan Mohd. Rashid memalukan.

“Timbalan Speaker, jangan salah guna kuasa. People are watching you. Memalukan,” katanya semasa sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Rayer dalam masa yang sama bertegas untuk mempertahan kenyatannya itu.

Mohd. Rashid kemudian membuat keputusan selepas meminta Rayer menarik balik perkataan ‘memalukan’ yang ditujukan kepadanya.

“Dah tiga kali (saya ulang tarik kenyataan). Saya arahkan Bentara minta Jelutong keluar sekarang. Saya mengarahkan Jelutong keluar Dewan, dua hari (gantung),” kata Rashid. 

– UTUSAN ONLINE