Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Agong perkenan kedudukan saya sebagai PM ditentukan pada September" -Muhyiddin


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kedudukan beliau akan ditentukan dalam usul percaya dalam Sidang Dewan Rakyat pada September ini.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap perkara itu sewaktu menghadap Seri Paduka hari ini.

Muhyiddin berkata demikian dalam Perutusan Khas hari ini.

Muhyiddin juga memberitahu bahawa beliau telah menerima warkah dari Agong memaklumkan bahawa terdapat seramai 8 orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada YDP Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepadanya.


Sehubungan itu, Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 2a iaitu YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli dewan rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat majoriti ahli dewan rakyat.

Yang kedua, Perkara 43 (4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

Sehubungan itu beliau telah dititah untuk mengadap pada jam 11 pagi ini. 

Ketika mengadap Muhyiddin menjelaskan bahawa menerima surat akuan dari ahli-ahli dewan rakyat yang meyakinkan bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat pada masa ini.


"Sehubunga itu perletakkan jawatan saya dibawah perkara 43 4 perlembagaan pesekutuan adalah tidak berbangkit."ujar beliau.

"Namun saya sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri sering dipersoalkan. Maka saya telah menyembah maklum kepada ke bawah Duli Yang Mulia Yang Dipertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen."

"Satu usul undi percaya akan dibentangkan di dewan rakyat ketika dewan rakyat bersidang pada bulan September. Melalui cara ini kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang undang perlembagaan. ALhamdulillah YDP Agong telah memperkenankan cadangan saya ini."

Menurut Muhyiddin, jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi seperti biasa.

-Tun Carlos