Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Muhyiddin gagal tunjuk bukti selepas dakwa ada pihak mahu beliau campur urusan mahkamah



KUALA LUMPUR: Terdapat beberapa pihak yang cuba menangguh di air keruh, dan cuba mengambil kesempatan dengan mencetuskan kemelut politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada kenyataan media tadi.

Pihak berkenaan juga didakwa tidak senang hati apabila beliau tegas tidak melayan beberapa tuntutan mereka, termasuk mencampuri urusan mahkamah. Kata Perdana Menteri tanpa mengemukakan apa-apa bukti.

Katanya lagi, beliau juga telah dituduh menderhaka kepada Institusi Diraja, sedangkan beliau berkata, apa yang dilakukan adalah berlandaskan undang-undang,


“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan,” katanya lagi.

Perdana Menteri dilihat terus beredar tanpa ada sesi menjawab soalan dari wartawan. 

-TunCarlos/AstroAwani