Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wan Fayhsal minta laporan bertanding di Parlimen Bagan Serai ditarik balik



PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, menafikan laporan yang memetik beliau sebagai berkata akan bertanding di Parlimen Bagan Serai, Perak pada PRU15.

Beliau ketika dihubungi FMT mahu menarik akhbar berkenaan menarik balik laporan itu.

“Saya telah minta laporan itu ditarik balik,” katanya.

Wan Ahmad menjelaskan pucuk pimpinan Bersatu belum membuat sebarang keputusan berkenaan mana-mana kerusi.

Beliau turut menepis laporan itu sebagai “tidak benar”.


“Laporan yang disebarkan hari ini tidak benar. Pihak parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat apa-apa keputusan berkenaan mana-mana kerusi.”

Terdahulu, Utusan Malaysia memetik Wan Fayhsal sebagai berkata beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Serai yang kini disandang oleh timbalan menteri dari partinya sendiri.

Menurut laporan itu, Wan Fayhsal “mendapat restu” Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Pada PRU14, Noor Azmi Ghazali memenangi kerusi itu bagi pihak Barisan Nasional dengan majoriti tipis 172 undi, menewaskan calon PAS dan PKR. 

– FMT