Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mesyuarat UMNO: Dua Menteri dan 5 Ahli Parlimen setuju tinggalkan kerajaan?



PETALING JAYA: Dua menteri Umno dikatakan sudah bersetuju dengan cadangan keluar kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos.

Selain mereka, sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen Umno turut bersetuju berbuat demikian, kata sumber. Kebetulan, mereka juga ahli Majlis Kerja Tertinggi.

“Saya percaya majoriti Ahli Parlimen akan ikut apabila MKT mengumumkan keputusan untuk ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos,” katanya.

Setakat ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, dikatakan sumber akan ‘menentang Zahid’ bersama ahli-ahli Parlimen yang dikaitkan dengan Hishammuddin Hussein juga diberitakan enggan keluar dari PN.

Sepanjang hari ini, pemimpin Umno dan wakil rakyat parti Melayu itu bertemu Presiden Ahmad Zahid Hamidi sejak tengah hari tadi.



Terdahulu, awal hari ini Agenda Daily mendedahkan beberapa ahli MT UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Zahid hari ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kemudiaan, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga tiba dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.



Beberapa Ahli Parlimen UMNO dipanggil Zahid dan Najib untuk hadir ke PWTC, sumber memberitahu salah seorang MP UMNO yang hadir semasa pertemuan tadi adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada jam 8 malam tadi, dua ahli Majlis Tertinggi UMNO dilihat meninggalkan ibu pejabat parti di Menara Dato Onn sebelum jam 8 malam tadi, ia selepas spekulasi mengatakan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyambung mesyuarat malam ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu dua ahli MT tersebut, Datuk Razlan Rafii dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asraf Wajdi Dusuki meninggalkan ibu pejabat parti dengan menaiki kenderaan masing-masing bersama pemandu mereka.

-AgendaDaily/FMT