Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Britain beri amaran kepada China, kapal perang terkuat dikerah ke Jepun

HMS Queen Elizabeth


LONDON – Britain mengumumkan hari ini bahawa kumpulan kapal penggempur paling kuatnya akan melawat lima pelabuhan di Jepun  dan memberi amaran kepada China berhubung sebarang ancaman terhadap kebebasan belayar di perairan  rantau Asia Pasifik.

Kumpulan penggempur  terdiri daripada kapal-kapal perang Tentera Laut Diraja Britain dan  diketuai kapal pengangkut pesawat, HMS Queen Elizabeth akan menuju ke perairan berkenaan.

Selepas menyertai latihan tentera bersama tentera-tentera laut sekutunya, armada gempur itu akan melawat lima pelabuhan di Jepun September ini, kata beberapa pegawai semasa lawatan Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace ke Tokyo.

Sebagai tambahan, kapal peronda luar pesisir,  HMS Spey dan HMS Tamar akan memulakan kerahan tetap ke rantau tersebut bulan depan dan disokong oleh kapal-kapal perang dari  Australia, Jepun serta Singapura.. 


China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan sekali gus mencetuskan kemarahan jiran-jirannya dan mengundang bantahan luar termasuk daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Wallace berkata, Britain mempunyai ‘tanggungjawab’ untuk mendesak kebebasan belayar apabila kumpulan penggempur itu belayar merentasi Laut China Selatan menuju ke Jepun.

“Bukan rahsia lagi bahawa China mengawasi dan mencabar kapal-kapal  yang melakukan pelayaran di perairan antarabangsa di laluan tidak menyalahi undang-undang (Laut China Selatan),” katanya kepada akhbar The Times di Tokyo.

“Kita menghormati China dan kita harap, China menghormati kita. Kita akan belayar di mana dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa,” tegasnya. 

– AFP