Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki anti-vaksin tak pakai mask dan hina polis berjaya ditahan



Petaling Jaya: Lelaki yang viral videonya tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak, di sini, dan mempertikai tugas polis serta mengeluarkan kata kesat sudah ditahan polis, malam tadi.

Terdahulu video berdurasi 15.42 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kereta didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Malah video itu turut tular di media sosial selepas dia enggan memakai pelitup muka dan mendakwa dirinya ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Malah ketika sedang dikompaun, dia menyuruh anggota polis membuat carian di internet mengenai isu vaksin yang didakwanya adalah satu penipuan.

Dia turut dikenakan kompaun kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.


Namun ketika berada di dalam kereta selepas dikompaun, lelaki terbabit yang masih merakam video itu turut mempertikaikan tugas polis dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Susulan viralnya video itu di media sosial, polis kemudian mengesan suspek sebelum menahannya malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

Video ketika di Stesen Minyak:

Video ketika ditahan polis:

-HMetro