Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Video awan bentuk kalimah Allah tular di media sosial



JAKARTA – Satu video yang memaparkan penampakan awan yang membentuk kalimah Allah menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Awan tersebut dikesan di langit Situbundo, Jawa Timur semalam.

“Petang ini (semalam) satu awan yang menyerupai kalimah Allah kelihatan di langit Situbondo dan menjadi tular di kumpulan media sosial,” demikian keterangan yang dimuat naik bersama video awan itu.

Perakam video itu kelihatan berada di pinggir sebatang jalan raya ketika merakam fenomena itu.

“Semoga ini petanda baik menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha, segera sembuh Bumiku,” tulis keterangan tambahan pada video itu.

Netizen yang menonton video itu rata-ratanya menganggap ia merupakan satu petanda baik dan mendoakan agar Indonesia segera pulih daripada wabak Covid-19. 


– Agensi