Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita terkejut teman lelaki 20 tahun mati tergantung di rumah sewa


Beaufort: Seorang wanita terkejut menemui teman lelakinya mati tergantung di rumah sewa mereka di Jalan Beaufort Jaya, kelmarin,

Lelaki berusia 20 tahun terbabit ditemui 2.30 petang ketika teman wanitanya berusia 21 tahun pulang dari tempat kerja.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dilihat kali terakhir oleh teman wanitanya pada 8.30 pagi ini ketika dia balik kerja.








"Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan sekitar 2.30 petang tadi.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca lelaki itu menggantung diri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mayat lelaki terbabit sudah dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

-Harian Metro