Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Special Task Force pantau kilang dan premis perniagaan dimansuhkan -MKN


PUTRAJAYA: Kerajaan memansuhkan pasukan Special Task Force yang sebelum ini diwujudkan khas untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap kilang-kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah atau prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana sudah wujud Task Force Operasi Pematuhan di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas hampir sama untuk memantau pematuhan SOP di tempat awam termasuk premis perniagaan.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpandangan tidak perlu diwujudkan Special Task Force lagi. Cukup dengan Task Force Operasi Pematuhan PDRM di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, terdapat kekeliruan mengenai peranan pasukan keselamatan terutama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi yang diumumkan sebelum ini.

Beliau menjelaskan, terdapat dua pembahagian tugas iaitu National Task Force yang diketuai oleh ATM menerusi Op Benteng melibatkan kawalan sempadan negara bersama-sama 11 agensi lain termasuk PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan lain lain.

Bagi Task Force Operasi Pematuhan pula diketuai PDRM dan dibantu oleh ATM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain bagi tujuan pemantauan pematuhan SOP sama ada melalui sekatan jalan raya (SJR) atau pemeriksaan di tempat-tempat awam.

“Kedua-dua Task Force ini diwujudkan sejak PKP 1.0 lagi. Setelah PKP 3.0 dilaksanakan, Task Force Operasi Pematuhan PDRM diperluaskan kepada pemeriksaan terhadap kilang-kilang yang melanggar arahan dan SOP,” katanya.

-FMT