Ahli politik ditangkap berkumpul main judi di Tapah


TAPAH: Sikap degil enam lelaki berkumpul dan bermain judi di sebuah rumah di Taman Tapah Indah di sini, membawa padah apabila ditangkap semalam.

Difahamkan, seorang daripada lelaki yang ditangkap dalam serbuan pada pukul 10 malam itu merupakan ketua bahagian sebuah parti politik.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam serbuan tersebut, lelaki berusia antara 38 hingga 56 tahun ditahan kerana disyaki bermain judi jenis poker.


Katanya, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah itu dilakukan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

“Dalam serbuan itu, polis merampas daun terup dan wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM1,774.

“Kesemua tangkapan direman satu hari sehingga hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Menurut beliau, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.


“Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka sekirany didapati ingkar kepada peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Join our Telegram Channel
Telegram


Ahli politik ditangkap berkumpul main judi di Tapah Ahli politik ditangkap berkumpul main judi di Tapah Reviewed by Tun Carlos on June 27, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.