Kapal Pengawal Pantai China masuk perairan negara sejak 4 Jun, TLDM awasi pergerakan


Kapal pengawal pantai China dikesan berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak - kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh negara itu dan Malaysia.

Perkara itu berlaku empat hari selepas 16 kapal perang China terbang di kawasan yang sama.

Kapal pengawal pantai itu memasuki perairan Malaysia pada 4 Jun, kira-kira 84 batu nautika (155km) daripada pantai Miri, lapor The Borneo Post.

“Ya, saya boleh sahkan kita menerima laporan berkaitan pengawal pantai China memasuki perairan kita pada 4 Jun.


"Aset APMM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawasi keadaan dengan teliti," kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman.

Malaysiakini sudah menghubungi kedutaan China bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu dan sedang menunggu maklum balas mereka.

-MalaysiaKini

Join our Telegram Channel
Telegram


Kapal Pengawal Pantai China masuk perairan negara sejak 4 Jun, TLDM awasi pergerakan Kapal Pengawal Pantai China masuk perairan negara sejak 4 Jun, TLDM awasi pergerakan Reviewed by Tun Carlos on June 08, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.