Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan PN akan nilai semula perlaksanaan PKP -Muhyiddin


Kerajaan akan menilai semula perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri yang dilaporkan berlaku peningkatan kes-kes positif Covid-19 secara mendadak.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata penilaian semula ini penting untuk mematikan SOP yang berkuat kuasa dan tindakan yang diambil adalah berkesan untuk membendung penularan wabak berkenaan.

"Kerajaan telah pun menggunakan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bagi mengenal pasti kawasan atau premis yang berisiko menyumbang kepada penularan Covid-19.


"Premis-premis ini akan diarah tutup jika dikesan telah dilawati oleh sejumlah besar mereka yang positif Covid-19," kata Muhyiddin dalam kenyataan media.

Muhyiddin juga menyeru orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP serta mengelakkan berada di tempat yang sempit dan sesak bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penilaian semula itu terpakai untuk negeri-negeri yang sedang menjalani tempoh PKP seperti Kelantan dan Kedah atau ia bersekali dengan negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Awal hari ini, Anggota Parlimen Bangi, Ong Kian Ming menggesa kerajaan tidak melaksanakan PKP di Lembah Klang selagi peraturannya tidak jelas.

Ong berkata demikian susulan spekulasi pelaksanaan PKP 3.0 di Lembah Klang minggu depan akibat peningkatan kes harian Covid-19.

Jumlah harian kes Covid-19 di Lembah Klang kini mencecah empat digit sejak 23 April lalu.

-MalaysiaKini