Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan bayar pampasan RM2.25 billion kepada konsesi tol


CYBERJAYA – Kerajaan dijangka menanggung pampasan sebanyak RM2.25 bilion bagi menangguhkan kenaikan tol di tiga lebuh raya dan memanjangkan penangguhan kenaikan tol di 21 plaza tol lebuh raya lain.

Penangguhan berkenaan melibatkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan kadar tol mulai 1 Januari 2021 iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)

Selain itu, kerajaan turut melanjutkan tempoh penangguhan kenaikan tol di 21 plaza tol lebuh raya antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX).


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat kabinet memutuskan penangguhan itu selepas mempertimbangkan peningkatan kos sara hidup rakyat akibat wabak Covid-19.

“Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi dan jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia,” katanya.

Fadillah turut memaklumkan rundingan untuk menstruktur semula kadar tol dengan syarikat konsesi masih lagi berjalan, dengan Jemaah Menteri bersetuju untuk ia dimuktamadkan sebelum 2023.

-SuaraTV