Kekosongan DUN Melor diisytihar selepas sijil kematian diperoleh



Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya Dr Md Yusnan Yusof hari ini, akan diisytiharkan selepas sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata setakat ini beliau belum memperoleh sijil kematian itu dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan.

"Saya akan menghubungi SPR mengenai kematian ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof. Sebaik dimaklumkan barulah pengisytiharan kekosongan kerusi bagi DUN itu akan saya lakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor, di sini, selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.

Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

- Bernama

Join our Telegram Channel
Telegram


Kekosongan DUN Melor diisytihar selepas sijil kematian diperoleh Kekosongan DUN Melor diisytihar selepas sijil kematian diperoleh Reviewed by Tun Carlos on April 30, 2021 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.