Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kapal tersangkut di Terusan Suez disita kerajaan Mesir, perlu bayar pampasan RM3.7 billion


TOKYO: Pemilik kapal kontena yang terkandas menghalang Terusan Suez sedang berunding dengan pihak berkuasa Mesir untuk mengurangkan tuntutan pampasan AS$900 juta (RM3.7bilion) juta bagi pelepasannya.

Ketua Lembaga Terusan Suez, Osama Rabie, yang dipetik akhbar Al-Ahram, berkata MV Ever Given kini disita kerana gagal membayar pampasan itu.

"Taksiran pampasan dibuat berdasarkan kerugian yang ditanggung oleh kapal lain yang terhalang perjalanannya dan kos pengapungan serta penyelenggaraan.

"Kerja intensif melepaskan kapal juga dilaporkan mengakibatkan kerosakan besar pada terusan dan perlu dibaik pulih," kata Osama memetik keputusan Mahkamah Ekonomi Ismailia di Mesir.


Kapal milik Jepun, MV Ever Given, seberat 200,000 tan tersekat secara melintang ketika ribut pasir pada 23 Mac lalu dan memerlukan usaha besar-besaran selama enam hari untuk melepaskannya.

Syarikat data maritim Lloyd's List berkata sekatan kapal itu, yang panjangnya melebihi ukuran empat padang bola, menyebabkan kerugian kira-kira AS$9.6 bilion (RM39.64 bilion) sehari berikutan laluan kapal antara Asia dan Eropah itu terhalang.

Menurut pihak berkuasa terusan, Mesir juga kehilangan pendapatan harian antara AS$12 juta (RM49.55 juta) dan AS$15 juta (RM61.95 juta) sepanjang tempoh itu.

Jurucakap pemilik kapal, Shoei Kisen Kaisha, memberitahu AFP bahawa nasib kapal itu kini bergantung kepada penyelesaian pertikaian undang-undang.

Kapal milik syarikat Jepun yang dikendalikan syarikat Taiwan dan didaftarkan di Panama itu dipindahkan ke sebuah pelabuhan di terusan itu sejak dilepaskan 29 Mac lalu.

Sepanjang tempoh itu, 420 kapal tersekat di terusan terbabit dan hanya dapat digerakkan pada awal April lalu. 

- AFP