Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perlaksanaan Darurat gagal putuskan penularan Covid dan pulihkan ekonomi -Najib


Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun Darurat telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan, ia masih belum berjaya menangani pandemik.

"Setelah dilaksanakan 3 bulan, Darurat tak berjaya putuskan penularan Covid ke dua angka sehari menjelang Raya dan tak berjaya pulihkan ekonomi."kata Najib di Facebook beliau hari ini.

Tapi menurut Najib dalam nada menyindir, darurat hanya berjaya halang parlimen dari bersidang dan naikkan denda SOP ke RM10,000.


Menurut Najib lagi, darurat juga berjaya gantungkan akta kewangan yang boleh menghalang kerajaan dari berbelanja sesuka hati, tanpa dipantau atau diluluskan parlimen.

Darurat juga katanya berjaya lambatkan perlaksanaan UNDI 18 ke tarikh September 2022 dengan alasan PKP.

"PM Muhyiddin kata negara tak ada banyak wang lagi setelah berbelanja RM600b dan penjawat awam digalak potong gaji untuk bantu ekonomi negara."ujarnya.

-TunCarlos

Setelah dilaksanakan 3 bulan, Darurat tak berjaya putuskan penularan Covid ke dua angka sehari menjelang Raya dan tak...

Posted by Najib Razak on Tuesday, 13 April 2021