Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kami dah buat surat letak jawatan, tapi tak jadi kerana PM kata tiada orang nak urus Covid" -Ismail


PAHANG: Bercakap di dalam program BANGKIT 15 negeri Pahang, Naib Presiden UMNO Dato Seri Ismail Sabri mendedahkan alasan kenapa beliau dan juga Menteri-Menteri UMNO dalam kabinet PM tidak jadi meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet.

"Sebenarnya kami tak payah lah nak berhenti, tapi kerana kita fikir kita (UMNO) dah letak tarikh bulan 8 macam-macam. Jadi mungkin kita kata, berilah peluang kepada Perdana Menteri. Pilihlah siapa-siapa yang nak dilipih." kata Ismail.

"Saya difahamkan 8hb ni Timbalan Menteri pula akan jumpa. So kita jumpa saya beritahu saya mengetuailah.


"Saya beritahu kepada Perdana Menteri oleh  kerana UMNO dah buat keputusan,iaitu kita kan menarik sokongan apabila PRU diadakan, ataupun mungkin pada bulan 8 bila darurat ditamatkan jadi kita rasa dah tak berguna lah kita ada dalam kabinet. Jadi kita menawarkan diri untuk meletakkan jawatan pada hari ini."

"Noraini, semua dah buat surat, KJ semua dah buat surat. Muhyiddin kata you all sekarang ni bertugas untuk rakyat, kepentingan rakyat. Yes you all daripada parti (UMNO), tapi dalam masa yang sama kerja sebagai Menteri ini adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat."

"UMNO, di dalam kes covid yang tak selesai. Seribu lebih lagi kes setiap hari ni maknanya masih belum selesai dan yang menguruskan covid ni Menteri UMNO.


"Dia  (Muhyiddin) kata, Mail! You hari-hari keluar tv pergi mesyuarat nak menyelesaikan masalah Covid. Bayangkan kalau you tiba-tiba harini berhenti, sapa nak menguruskan mensyuarat Covid dan nak menguruskan Covid ni? Saya boleh lantik Menteri lain besok, tapi memakan masa untuk memahami situasi terkini tentang Covid ni. 

"Dr Adham dengan KJ sekarang jaga vaksin, bayangkan you all yang jaga vaksin semua ni. You jaga Covid you jaga vaksin kalau you all berhenti rakyat akan menghadapi masalah kerana you all yang jaga nyawa mereka."

"Dia (Muhyiddin) kata, kalau saya ikutkan nak dengki dengan UMNO ni, Menteri UMNO ni yang buat kerja ni sampai orang kata hal covid ni Menteri UMNO buat kerja, Menteri Bersatu semua tak buat kerja. Tidur saja. Sebab you all hari-hari keluar tv."


"Jadi dia kata dia minta supaya fikirkan soal rakyat kalau masih sambung. Saya faham you dengan parti you go ahead. Kita tak kacau pun apa-apa keputusan parti you dalam soal ini tapi kena stay kerana jaga kepentingan rakyat iaitu nyawa"

"Soal yang kita buat keputusan after all, kita kata memang dari segi usul (PAU) tidak pun meminta berhenti. Kalau tengok Tajuddin Rahman awal keluarkan kenyataan dia akan terus kekal sehingga PRU15. Kita ingat dia yang awal sekali keluar, rupanya dia yang awal umum tak nak keluar."

"Sebenarnya kesannya kalau kita buat keputusan macam tu (letak jawatan), Kerajaan Johor, Melaka dan Perak akan tumbang."

"Politics is all about persepsi, ini lah yang berlaku." kata Ismail. 

Program BANGKIT 15 adalah program kursus dan latihan kepada jentera parti bagi mempersiapsiagakan ahli UMNO untuk menghadapi PRU ke 15 nanti.

BANGKIT 15 Pahang merupakan negeri ke enam dalam jelajah BANGKIT 15 ke seluruh negara.

-TunCarlos