Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenapa kerajaan PN jual Menara Exchange 106 kepada syarikat swasta? soal Najib


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri telah mempersoal tindakan kerajaan yang didakwa telah menjual segala kepentingan dalam pemilikan menara tertinggi di Malaysia iaitu Exchange 106 atau lebih dikenali sebagai Menara TRX.

"Bangunan tertinggi negara dan ASEAN setakat ini adalah milik 51% kerajaan Malaysia pada masa BN. Namun projek 1MDB ini dilaporkan telah dijual kepada sebuah koperasi swasta secara senyap." lapor Najib di pautan Facebooknya semalam.

Walaupun begitu status penjualan samada secara tenter terbuka atau rundingan terus juga masih dirahsiakan termasuk juga harga yang dijual.


"Kenapa kerajaan jual Exchange 106, adakah ianya dijual melalui tender terbuka, berapa harga jualan dan jika ianya benar-benar telah dijual tidak pernah diumum kerajaan PN pula.

"Dikatakan perjanjian penjualan awal ditanda tangan tahun lepas dan akan muktamad pada bulan Jun akan datang.

"Bangunan tertinggi negara milik kerajaan pun dijual secara senyap masa darurat ke?

"Perkara begini perlu diumum Rakyat supaya semua tahu apa perancangan kerajaan dan jika keuntungan telah dijana. "ujar Najib tegas.

Menurut laporan dari Berita Harian, AP Holdings Bhd (APHB), anak syarikat Koperasi Amanah Pelaburan Bhd (KAPB ) telah memiliki 51 peratus kepentingan dalam bangunan yang terletak di Tun Razak Exchange itu.



"Kami telah menandatangani perjanjian (jual beli) lebih setahun lalu dan perjanjian ini dijangka akan selesai pada Jun ini selepas tertangguh susulan wabak COVID-19." kata Pengerusi KAPB, Datuk Ilyas Mohamaed

"Sebahagian daripada 51 peratus kepentingan ini kami perolehi daripada Kementerian Kewangan manakala selebihnya daripada Mulia Property Development Sdn Bhd.

"Berapa nilai pembelian ini saya tidak boleh maklumkan, namun jumlahnya adalah amat baik," katanya.

-TunCarlos

Bangunan tertinggi negara dan ASEAN setakat ini adalah milik 51% kerajaan Malaysia pada masa BN. Namun projek 1MDB ini...

Posted by Najib Razak on Saturday, 10 April 2021