Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Celcom dan Digi bergabung, tiada pekerja akan diberhentikan


Kuala Lumpur: Tiada kakitangan Celcom atau Digi akan diberhentikan susulan cadangan penggabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi itu.

Malah, kakitangan yang memegang jawatan atau tugas sama dari kedua-dua syarikat akan ditawarkan latihan semula bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Selepas penggabungan ini mula direalisasikan, kedua-dua jenama juga akan beroperasi secara berasingan bagi menawarkan perkhidmatan kepada segmen pelanggan berbeza.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama memuktamadkan perjanjian cadangan transaksi berkenaan dalam tempoh suku kedua tahun ini.


Gabungan syarikat ini yang dikenali sebagai MergeCo akan dinamakan sebagai Celcom Digi Berhad dan akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia serta bakal menjadi antara syarikat teknologi terbesar di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Datuk Izzaddin Idris berkata, kakitangan adalah aset utama syarikat dan pihaknya menegaskan komitmen untuk melindungi kebajikan pekerja tanpa pemberhentian paksa.

"MergeCo akan memberi peluang kepada kakitangan untuk terus mengembangkan pelbagai fungsi, membangun kecekapan baharu dan menjadi sebahagian daripada pertumbuhan syarikat di masa hadapan dalam perjalanan meneroka teknologi baru dan inovasi.

"Pelanggan sebaliknya, akan mendapat keuntungan yang besar daripada penggabungan ini di mana syarikat akan mempunyai keupayaan untuk melabur lebih banyak untuk memberikan kualiti perkhidmatan lebih baik pada harga kompetitif.


"Pelanggan juga dapat mengekalkan pilihan pengendali mudah alih mereka kerana kedua-dua jenama Celcom dan Digi akan beroperasi seperti ketika ini walaupun selepas penggabungan kelak," katanya dalam sidang media khas mengumumkan cadangan penggabungan Celcom dan Digi di sini, hari ini.

Di bawah struktur pengurusan kanan Celcom Digi Berhad, Izzaddin akan memegang jawatan sebagai pengerusi, manakala timbalan pengerusi adalah Jørgen C Arentz Rostrup yang ketika ini adalah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Telenor Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Idham Nawawi dinamakan sebagai CEO Celcom Digi Berhad manakala timbalannya adalah Albern Murty yang ketika ini memegang jawatan sebagai CEO Digi.

Di bawah syarikat gabungan itu, Telenor dan Axiata memiliki pegangan sama banyak pada 33.1 peratus.

Berita berkaitan