Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tak perlu bimbang ke panggung wayang, dah ada data lengkap dan data sains -Menteri


PETALING JAYA: Orang ramai tidak perlu bimbang untuk ke panggung wayang selepas kerajaan membenarkan sektor itu kembali beroperasi dengan pematuhan SOP yang ketat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, industri kreatif termasuk panggung wayang bukan sektor utama menyumbang kepada kluster jangkitan Covid-19.

“Kita sudah lebih setahun berhadapan dengan Covid-19 di mana Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mempunyai data lengkap selain menggunakan data sains.




“Setakat hari ini industri kreatif tidak termasuk dalam sektor utama di mana berlaku kluster Covid-19. Saya harap rakyat tidak takut dan tidak perlu disebut sektor mana menyumbang kepada kluster besar Covid-19,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pemantauan pematuhan SOP di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley.

Saifudin bagaimanapun berkata, walaupun kerajaan memberi kelonggaran kepada industri itu beroperasi semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dan berhati-hati dalam mematuhi SOP ditetapkan.

Beliau berkata, sejak industri kreatif dibenar beroperasi awal Mac lalu pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP, termasuk aktiviti penggambaran drama dan pawagam.

“Saya melihat bagaimana SOP dilaksanakan, macam di panggung wayang sebelum tayangan akan dimulakan dengan proses sanitasi oleh pekerja dan selepas tayangan juga satu lagi proses sanitasi dilakukan, ada penjarakan fizikal ditetapkan MKN



“Kaedah penjualan tiket juga dilakukan sama ada 100% ‘online’ atau separa ‘online’ bagi mengurangkan risiko, supaya orang ramai tidak perlu beratur,” katanya.

Mengulas isu konon industri kreatif tidak sepatutnya dibuka lebih awal sebelum negara bebas sepenuhnya daripada Covid 19, Saifuddin berkata penilaian secara menyeluruh perlu dibuat termasuk kesan terhadap pekerja sektor tersebut untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Untuk GSC sahaja ada lebih 2,000 pekerja, belum termasuk kira-kira 4,000-5,000 dari syarikat pawagam lain selain hampir 45,000 dalam bidang nyanyian, industri filem dan drama.

“Kalau kita tidak benarkan aktiviti ini dibuka semula ramai akan hilang punca pendapatan,” katanya.

Saifudddin turut memaklumkan, bagi setiap aktiviti penggambaran yang dilakukan, pihak syarikat wajib melantik pegawai untuk menjaga pematuhan SOP bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.

-FMT