Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sultan Johor dukacita keputusan Hakim benarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian


KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Ini kerana menurut baginda, isu itu boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri.

“Kalimah Allah merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam. Nama ‘Allah’ ini diberi oleh diri-Nya, bukan berasal dari mana-mana akar kata, tetapi nama khas yang merujuk kepada nama Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang disembah oleh umat Islam,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.


Titah Sultan Ibrahim, sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum serta agama perlu diambil kira dalam apa juga keputusan atau penghakiman.

Titah baginda lagi isu-isu sensitif itu sangat dekat di hatinya selaku Ketua Agama Islam di Negeri johor khususnya apabila isu tersebut berkait rapat di dalam ruang sempadan agama Islam.

Sultan Ibrahim turut menegaskan Fatwa Negeri Johor yang diwartakan pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawan ‘Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.


Baginda seterusnya menyeru Kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan dalam prosiding kes berkaitan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut Kristian di negara ini.

Baginda turut mengarahkan Majlis agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu memutuskan penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan 3 perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka bagi tujuan pendidikan.

Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Kebenaran itu diputuskan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Beliau membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh wanita suku kaum Melanau dari Sarawak yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill. – MalaysiaGazette