Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Insiden kekecohan Konvensyen DAP Perak, polis panggil penganjur


IPOH: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku pada Konvensyen Biasa DAP Perak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) Ahad lalu.

Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 22A Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2001.

“Polis telah memanggil penganjur konvensyen untuk mendapatkan maklumat lengkap.

“Polis mendapati kehadiran perwakilan adalah seramai 1,731 orang dan ia kurang daripada kapasiti maksimum dewan IICC iaitu seramai 4,500 orang,” katanya dalam kenyataan di sini.


Farid berkata, polis juga sedang menganalisis video dan foto yang diperolehi bagi mengenal pasti individu serta kesalahan yang berkaitan dengan pelanggaran SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), terutama ketika insiden kekecohan berlaku.

“Kertas siasatan kes ini juga akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kekecohan berlaku ketika Konvensyen DAP Perak Ahad lalu susulan dakwaan wujud pengundi hantu dalam pemilihan jawatankuasa negeri dan isu tempoh pengundian yang tiba-tiba dilanjutkan.

Kekecohan berlaku sebaik saja Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selesai berucap merasmikan konvensyen itu yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dan ahli DAP negeri.

-FMT