Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis buru Datuk Seri Nicky Liow


JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang berusia 33 tahun dikesan dengan alamat terakhirnya ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.





"Semalam, polis Johor mengadakan operasi dan serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang berpangkat Datuk Seri.

"Sindiket ini besar dan banyak membabitkan penipuan dan scam. Suspek adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguat kuasa.

"Mana-mana individu yang cuba melindungi suspek akan diambil tindakan tegas tanpa mengira sama ada orang awam atau agensi penguat kuasa termasuk polis," katanya hari ini.

polis percaya ahli perniagaan itu masih berada di Puchong dan sedang menjalankan usaha bagi mengesannya.


Dua kertas siasatan berkaitan individu itu sudah dibuka di negeri ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebelum ini, Soon Hee pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu.