Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

2 calon telah dikemukakan kepada PM bagi gantikan Zeti di PNB


Mulai dilantik sebagai pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 1 Julai 2018 lalu oleh Kerajaan Pakatan Harapan menggantikan Tan Sri Wahid Omar, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku mantan Gabenor Bank Negara dilaporkan tidak akan disambung kontrak.

Menurut Sinar Harian, dua nama calon pengganti pengerusi kumpulan PNB ini telah dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kelulusan.

Dimaklumkan, kedua-dua calon berikut merupakan kapten kepada industri dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pelaburan.


Pelantikan pengerusi baru ini diharap akan memberi dimensi baharu kepada PNB.

Sebagai rekod, sepanjang Zeti menjadi pengurus, PNB hanya berjaya mencatat dividen 7 sen seunit pada tahun 2018. Turun lagi kepada 5.50 sen seunit pada tahun 2019, dan jatuh lagi 5 sen seunit pada tahun 2020.

Zeti sebelum ini menjadi tajuk perbualan kerana syarikat milik keluarganya didakwa terlibat dengan penggubahan wang haram dikaitkan dengan Jho Low yang kini disiasat oleh pihak polis Singapura dan juga Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada pihak PNB bagi menantikan pengerusi kumpulan terbaru PNB menggantikan positi Zeti.

-TunCarlos